F TUGAS DAN
TANGGUNGJAWAB
GURU PENYELARAS
TAHUN/GURU KELAS
Guru
penyelaras/guru kelas berperanan memastikan pinjaman buku teks SPBT diedarkan
kepada semua murid warganegara seperti dalam Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2007.
Guru wajar memupuk rasa sayang, sikap bertanmggungjawab dan menghargai buku
teks SPBT serta menimbulkan kesedaran tentang faedah yang diterima oleh murid
melalui SPBT. Oleh itu guru kelas mempunyai tugas dan tanggungjawab seperti
berikut :
Ä Bekerjasama
dengan Guru Penyelaras SPBT dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT sekolah.
Ä Menganggotai Jawatankuasa SPBT sekolah.
Ä Menyediakan senarai nama mengikut kelas.
Ä Mengagihkan atau mengumpul semula buku teks
SPBT kepada/daripada murid.
Ä Mengisi Borang SPBT G dan
mendapatkan pengesahan penerimaan dan pemulangan buku teks SPBT daripada murid.
Ä Memastikan
murid melengkapkan maklumat diri di ruangan yang disediakan pada cap SPBT dalam
buku teks SPBT.
Ä Mengurus
dan mendapatkan penggantian semula buku teks SPBT yang dihilangkan/dirosakkan oleh murid daripada ibubapa/penjaga.
Ä Membantu Guru Penyelaras SPBT melaksanakan
Sisteksbbt.
BUKU
SPBT PEMANGKIN ILMU
BUKU
BERMUTU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
F TUGAS DAN
TANGGUNGJAWAB IBU BAPA / PENJAGA
Ibu
bapa / penjaga murid perlu memainkan peranan dalam pengurusan dan pelaksanaan
SPBT sekolah demi menghargai bantuan yang disediakan oleh kerajaan. Ibu
bapa/penjaga seharusnya memupuk rasa sayang, sikap bertanggungjawab dan
menghargai buku teks SPBT dalam kalangan anak/tanggungan mereka. Oleh itu, ibu
bapa/penjaga mempunyai tugas dan tanggungjawab seperti yang berikut :
Ø Memberi
maklumat yang tepat dan benar dalam pengisian Borang Maklumat Murid.
Ø Memastikan buku teks SPBT yang
dipinjam oleh anak/tanggungan mereka dikembalikan pada masa yang ditetapkan.
Ø Menggantikan
buku teks SPBT yang hilang atau dirosakkan oleh anak/tanggungan mereka.
Ø Memastikan anak/tanggungan ibu
bapa/penjaga membawa buku teks SPBT mengikut jadual yang ditetapkan oleh
sekolah.
Ø Memastikan
anak/tanggungan ibu bapa/penjaga menjaga keselamatan buku teks SPBT dengan
baik.
Ø Menyokong
pelaksanaan aktiviti Kelab SPBT sekolah atau program-program sekolah yang berkaitan
dengan SPBT.
BUKU
SPBT PEMANGKIN ILMU
BUKU
BERMUTU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
F TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MURID
Dalam
pelaksanaan SPBT di sekolah, kesedaran dalam kalangan murid untuk menghargai
bantuan yang diberikan kepada mereka adalah amat penting. Mereka seharusnya
dipupuk dengan rasa kesedaran atas sumbangan yang disediakan oleh kerajaan
dalam pendidikan mereka. Oleh itu, murid perlu memainkan mereka dengan tugas
dan tanggungjawab seperti berikut :
J Menghargai sumbangan kerajaan.
J Mengisi maklumat diri yang lengkap sebagai
peminjam di ruangan yang disediakan pada kulit bahagian dalam uku teks SPBT.
J Bertanggungjawab dan syang akan
buku teks SPBT dengan cara ;
& Menjaga kebersihan dan keselamatan buku
teks SPBT.
& Memulangkan buku teks SPBT yang dipinjam pada masa yang
ditetapkan.
& Menggantikan buku teks SPBT yang
hilang/dirosakkan.
& Membalut buku teks SPBT dengan pembalut yang sesuai seperti
plastik lutsinar.
& Membaik pulih buku teks SPBT yang
koyak atau rosak.
& Memastikan buku teks SPBT tidak diconteng, ditulis, dikoyak,
digunting atau sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakkan.
& Memastikan semua buku teks SPBT dibawa mengikut
jadual waktu
dan membawa pulang pada setiap hari selepas
sesi persekolah berakhir.
J Murid digalakkan menjadi ahli Kelab SPBT
(jika ditubuhkan)
J Mengikuti setiap aktiviti kelab dan
peraturan Kelab.
J Mematuhi perlembagaan dan peraturan kelab.
J Mengetahui dan menyedari
kepentingan Sistekbbt dan eMATEKS dalam kelancaran pengurusan SPBT sekolah.
BUKU
SPBT PEMANGKIN ILMU
BUKU
BERMUTU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
| PROSES PEMULANGAN BUKU TEKS |
| PROSES PEMBERIAN BUKU TEKS |
![]() |
| PROSES PEREKODAN BUKU TEKS |
![]() |
| MURID MENGISI BORANG PINJAMAN BUKU TEKS DENGAN BIMBINGAN PENGAWAS SPBT |


No comments:
Post a Comment